Thursday, December 8, 2011

kali ni nak cerita pasal MAJESTIC EAST


MAJESTIC EAST ditubuhkan pada akhir tahun 1995 di daerah Membakut,tetapi atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan mereka terpaksa ‘membekukan’ pergerakkan band ini buat sementara waktu sehinggalah pada tahun 1997 apabila C.Din (Guitarist asal mereka)membuat keputusan untuk menghidupkan semula band ini.
MAJESTIC EAST kemudian secara rasminya ditubuhkan pada December 1997 dengan line up mereka pada masa itu ialah C.Din (Guitar), Rujie (Guitar) ,Pianth (Drum) ,Jasth (Bass) and Naminth (Vocal).
Band yang berkonsepkan ‘Eastern Metal’ ini telah mengeluarkan demo pertama mereka pada tahun 1999 yang bertajuk "Exorcism corpse".
selepas lahirnya demo exorcism corpse (1999), majestic east... tanpa sebarang meterial terbaru.. majestic east tetap giat bermain gigs2 yang di anjurkan di sekitar kota kinabalu dengan membawakan lagu2 cover dari band2 yang di minati oleh line-up band ni..
selepas lahirnya "exorcism corpse" juga.. JASTH(bass) aku tak ingat tahun bila, telah pun keluar dari band ni, aku sendiri pun tak tahu apa permasalahan masa tu, dan tempatnya telah di gantikan dengan bassist baru (JALTH) , yang juga merupakan sahabat2 sepermetalan dari tempat asal band ni, Jalth juga telah banyak membantu dalam peningkatan band ni, kehadirannya juga telah membuatkan majestic east giat menyertai gig2 sekitar KK
sekitar tahun 2004-2006, majestic east pernah cuba mengeluarkan meterial terbaru tetapi tak berjaya.. (mungkin masalah bajed masa tu, aku sendiri pun tak berapa nak ingat.. ihihihi)
"endless darkness" ya.. itu la EP yang kami cuba nak keluarkan masa tu.. berdasarkan masalah2 yang tak dapat di atasi tu, akhirnya hasrat kami nak mengeluarkan EP tu pun terKUBUR berabad.. hahaha
sehingga lah RUJIE (2nd guitar) yang juga merupakan tunggak dan peneraju utama M.E mengundurkan diri.. mungkin sebab beliau ingin fokus ngan kerjayanya.. (pada masa yang sama juga, rujie telah pun berjaya meriliskan band projeknya dengan pianth, NABERIUS) dan kini Rujie telah pun meninggalkan ke dua-dua band ni.. apa-apa pun RUJIE adalah yang terbaik selama bersama-sama dengan band MAJESTIC EAST,
setelah rujie mengundurkan diri, pianth selaku drummer telah tempat rujie, untuk bermain gitar, dan tempat pianth telah digantikan dengan drummer baru (JOEMAD),(drummer band projek rujie & pianth NABERIUS)
pengunduran Jalth selaku bassist M.E juga telah memberikan tamparan hebat buat line-up2 M.E, ini kerana jalth terpaksa menjalankan tugasnya demi negara yang tercinta ini, dan terpaksa meninggalkan negeri sabah dan berhijrah ke semenanjung MALAYSIA... dan tempat Jalth kini telah di gantikan oleh Shyam selaku pemain bass

MAJESTIC EAST (2011)
Pianth, Joemad, Naminth, Shyam, c'dinth

p/s: nantikan kemunculan terbaru Majestic East dengan EP terbaru "mandau" (2012)

Majestic East (1997)
-Pianth, Rujie, Naminth, c'dinth, Jasth-




Majestic East (2002)
jiming at MusicBox



Majestic East (2003)
gigs at Keningau



Pianth (2004)



Majestic East (2003)



                                                                 Majestic east (2011)
 3 anggota asal band yang masih bertahan dan berusaha memajukan band metal ni.. yang berbaju merah tu C'DINTH (1st guitar) tengah plak NAMINTH (voc) dan yang berbaju cannibal corpse tu PIANTH (drummer, 2nd guitar)




gambar ni di ambil ketika kami berada di wilayah persekutuan labuan.. (kalau tak silap aku masa ni bulan ramadhan) ihihih... kes nk bershopping dlabuan.. aku lupa la tahun bila ni.. sebab da lama kejadian ni berlaku.. hahahah..

Rasanya sampai sini saja dapat ku ceritakan perihal Majestic East ni... apa-apa hal pasal majestic east, korang bole la klik ni ==> majestic east (facebook)