Monday, April 28, 2014

HONG KONG - SHENZHEN (part 1)

Assalamualaikum...

kewujudan blog ni sebenarnya bukanlah untuk mendapat perhatian umum atau nak mendapatkan "kepemassann" dalam menghasilkan cerita, saya bukan seorang blogger, so aku harap blog ni tak d'sharekan di mana-mana laman social tanpa kebenaran.. blog ni aku wujudkan sebabnya aku nak jadikan "diary" dalam kehidupanku, manatau suatu hari nanti aku sudah tidak wujud lagi, maka sesiapa yang merindukan ku boleh lah membaca perjalanan hidupku disini, semua yang aku tuliskan disini ni sebab aku suka lah bah.. hahaha.. kisahku dan sesuatu yang aku suka.. :) tapi tak semua kisah hidupku aku tuliskan disini.. ermmm.. kadang-kadang aku selalu juga baca blog ni, paling kurangpun setahun sekali hahahaha!!!.. ohh ya, sebelum terlupa, aku tak paksa pun kamu untuk membaca blog ni.. kalau tak suka sila klik button X tq. hihihi

okey!!.. mari kita bermula.. sebelum ni aku ada ceritakan kisah pasal "reunion" dan "birthday" mungkin kali ni ada menarik sikit dari cerita sebelum ni.. ermm atau biasa-biasa saja bagi yang membaca blog ni.. sebab kisah ni kisah dari luar negara.. hahaha ni kali kedua aku menceritakan kisah dari luar negara.. mungkin ada yang sudah membaca atau belum membaca sila rujuk list-list yang pernah aku ceritakan.. :p

Kisah kali ni bertajuk "keterujaan Hongkong-shenzhen-hongkong"
Selepas "reunion" berakhir pada 2hb march tu, petang pada hari yang sama juga aku pun "melimpang"kan diriku di tilam kerana terlalu penat.. semasa peniduranku, aku tiba-tiba terjaga dari tidur yang lena.. ecihh.. ini disebabkan aku terlupa nak "silent"kan talipaunku... baru saja aku nak jawab tiba-tibalah terputus talian.. dengan mata yang masih mamai-mamai, aku pun melihat nama sipemanggil "mesis" wah apahal bos call aku hari minggu ni.. 6 miskol lagi tu.. macam orang bersalah saja ku rasa masa tu, tiba-tiba datang 1 sms yang dihantar oleh "mises" dan sms itu berbunyi begini "min, kenapa tidak jawab call? saya call sebab nak confirmkan u punya tiket melancong, saya nak bawa melancong ke hongkong dan shenzhen" saya sudah beli tiket flight, 3hb-8hb april. besok bawa passport dan sekeping gambar untuk visa china..
alallaaa.. kecewa juga ku dengar masa tu.. jan-march aku teda ambil cuti, sakit-sakit pun aku kerja juga sebab aku dah plan nak ke sibu pada 4hb-7hb april, nak bercuti tengok gigs dan celebrit birthday seseorang.. ermm.. nasib lah aku belum beli tiket flight nk ke sibu kalau tak memang terbahagi dua lah badan ku masa tu.. hahaha.. luar negara punya pasal, ku batalkanlah niat nak ke sibu.. agak kecewa juga lah member-member di sibu bila aku bagitau aku tak jadi datang.. uhuhuhu..

Nak ke hongkong? aku langsung tiada persediaan terutamanya duit.. hahaha sudahlah aku tengah boros berbelanja.. memang mati keringlah, terpaksa aku ikat perut ni, tapi ngam juga lah, aku pun tengah berdiet juga, haha sempit dah baju-bajuku.. hampir-hampir nak jadi gergasi dah kerana terlalu kuat makan, alhamdulilah sebulan lebih berdiet kurang juga 4kg, tak perlu berbelanja lebih untuk beli "prudak-prudak" kasi kurus badan, jimat duit lagi, hanya perlu men"disiplin"kan diri saja.. dan perkara paling penting sebelum aku bercuti aku perlu selasaikan semua kerja-kerjaku yang berlambak-lambak, sehinggakan aku terpaksa dan memaksa diri untuk kerja sampai malam (overtime) gara-gara nak selasaikan kerja.. penat juga lah berhempas saja tiada pulas-pulas huhuhu.. adehhhh apalagi kan ku taip ni, ndada idea sudah kepala kanyat-kanyat lakat.. kita terus lah bah kan cerita hongkong.. hahhaha

setelah kaki ini berpijak tanah hongkong, macam biasalah masih pening-pening (sakit kepala yang teramat)
selasai saja urusan "imigrisin dan kastam" maka bermulalah episod terbaru, sebenarnya ini kali kedua aku datang ke hongkong,
kali pertama pada tahun 2008, masa aku bermimpi ke hongkong.. hihihi.. bermula dari mimpi dan angan-angan lah aku berminat
nak ke hongkong, kini mimpi itu jadi kenyataan.. hellyeahhh!!.. ok lah jom tengok gambar-gambar yang aku sempat "snap"kan
hehehe.. (sori tak dapat nak bercerita banyak, aku masih tak sihat sepenuhnya)

hong kong jam9.45am masih pagi lagi, d'awal perancangan setiba kami d'hongkong kami akan terus ke Shenzhen, dengan menaiki keretapi MTR, tetapi rancangan terpaksa diubah sedikit kerana tiket "train" sudah naik harga hahahaha.. sebabnya dulu cuma HK$20 perhead (kata bosku), sekarang HK$120, Memang mahal, kami terpaksa menaiki bas untuk sampai ke Shenzhen, lebih kurang sejam jugalah, naik bas ada jimat sikit duit cuma HK$30.9 perhead, hehehe.. jimat sikit duit bos!!.. setibanya disempadan hongkong-shenzhen, kami pun menaiki teksi untuk sampai kehotel, lebih kurang 15minit saja, selesai check in di hotel, kami pun berehat dan merehatkan diri.. nasib lah masa tu kami dah boleh check in, sepatutnya jam 2pm baru boleh check in, tapi syukurlah boleh masuk bilik awal.. aku pun tengah sakit kepala masa tu, apa lagi masuk jak ke bilik aku terus melompat ke atas katil.. hahaha.. cas hinpun dan terus tidur, petang tu jam 5pm, baru lah kami pergi jalan-jalan dan cari makan.. arrr cari makan?? ni lah ni, kalau dah orang muslim masuk ke negara orang lain ni, memang susah sikit nak cari makanan yang halal.. tapi alhamdulilah terjumpa juga aku restoran yang halal, apalagi berabislah ngoder makanan, tenghari tak makan.. cuma minum nescafe tin ja..































uiksss.. ada selfie lgi.. hahaha!!





jumpa lagi di episod yang akan datang.. hehehe... terima kasih kerana suda membaca.. babai..