Monday, April 28, 2014

HONG KONG - SHENZHEN (part 1)

Assalamualaikum...

kewujudan blog ni sebenarnya bukanlah untuk mendapat perhatian umum atau nak mendapatkan "kepemassann" dalam menghasilkan cerita, saya bukan seorang blogger, so aku harap blog ni tak d'sharekan di mana-mana laman social tanpa kebenaran.. blog ni aku wujudkan sebabnya aku nak jadikan "diary" dalam kehidupanku, manatau suatu hari nanti aku sudah tidak wujud lagi, maka sesiapa yang merindukan ku boleh lah membaca perjalanan hidupku disini, semua yang aku tuliskan disini ni sebab aku suka lah bah.. hahaha.. kisahku dan sesuatu yang aku suka.. :) tapi tak semua kisah hidupku aku tuliskan disini.. ermmm.. kadang-kadang aku selalu juga baca blog ni, paling kurangpun setahun sekali hahahaha!!!.. ohh ya, sebelum terlupa, aku tak paksa pun kamu untuk membaca blog ni.. kalau tak suka sila klik button X tq. hihihi

okey!!.. mari kita bermula.. sebelum ni aku ada ceritakan kisah pasal "reunion" dan "birthday" mungkin kali ni ada menarik sikit dari cerita sebelum ni.. ermm atau biasa-biasa saja bagi yang membaca blog ni.. sebab kisah ni kisah dari luar negara.. hahaha ni kali kedua aku menceritakan kisah dari luar negara.. mungkin ada yang sudah membaca atau belum membaca sila rujuk list-list yang pernah aku ceritakan.. :p

Kisah kali ni bertajuk "keterujaan Hongkong-shenzhen-hongkong"
Selepas "reunion" berakhir pada 2hb march tu, petang pada hari yang sama juga aku pun "melimpang"kan diriku di tilam kerana terlalu penat.. semasa peniduranku, aku tiba-tiba terjaga dari tidur yang lena.. ecihh.. ini disebabkan aku terlupa nak "silent"kan talipaunku... baru saja aku nak jawab tiba-tibalah terputus talian.. dengan mata yang masih mamai-mamai, aku pun melihat nama sipemanggil "mesis" wah apahal bos call aku hari minggu ni.. 6 miskol lagi tu.. macam orang bersalah saja ku rasa masa tu, tiba-tiba datang 1 sms yang dihantar oleh "mises" dan sms itu berbunyi begini "min, kenapa tidak jawab call? saya call sebab nak confirmkan u punya tiket melancong, saya nak bawa melancong ke hongkong dan shenzhen" saya sudah beli tiket flight, 3hb-8hb april. besok bawa passport dan sekeping gambar untuk visa china..
alallaaa.. kecewa juga ku dengar masa tu.. jan-march aku teda ambil cuti, sakit-sakit pun aku kerja juga sebab aku dah plan nak ke sibu pada 4hb-7hb april, nak bercuti tengok gigs dan celebrit birthday seseorang.. ermm.. nasib lah aku belum beli tiket flight nk ke sibu kalau tak memang terbahagi dua lah badan ku masa tu.. hahaha.. luar negara punya pasal, ku batalkanlah niat nak ke sibu.. agak kecewa juga lah member-member di sibu bila aku bagitau aku tak jadi datang.. uhuhuhu..

Nak ke hongkong? aku langsung tiada persediaan terutamanya duit.. hahaha sudahlah aku tengah boros berbelanja.. memang mati keringlah, terpaksa aku ikat perut ni, tapi ngam juga lah, aku pun tengah berdiet juga, haha sempit dah baju-bajuku.. hampir-hampir nak jadi gergasi dah kerana terlalu kuat makan, alhamdulilah sebulan lebih berdiet kurang juga 4kg, tak perlu berbelanja lebih untuk beli "prudak-prudak" kasi kurus badan, jimat duit lagi, hanya perlu men"disiplin"kan diri saja.. dan perkara paling penting sebelum aku bercuti aku perlu selasaikan semua kerja-kerjaku yang berlambak-lambak, sehinggakan aku terpaksa dan memaksa diri untuk kerja sampai malam (overtime) gara-gara nak selasaikan kerja.. penat juga lah berhempas saja tiada pulas-pulas huhuhu.. adehhhh apalagi kan ku taip ni, ndada idea sudah kepala kanyat-kanyat lakat.. kita terus lah bah kan cerita hongkong.. hahhaha

setelah kaki ini berpijak tanah hongkong, macam biasalah masih pening-pening (sakit kepala yang teramat)
selasai saja urusan "imigrisin dan kastam" maka bermulalah episod terbaru, sebenarnya ini kali kedua aku datang ke hongkong,
kali pertama pada tahun 2008, masa aku bermimpi ke hongkong.. hihihi.. bermula dari mimpi dan angan-angan lah aku berminat
nak ke hongkong, kini mimpi itu jadi kenyataan.. hellyeahhh!!.. ok lah jom tengok gambar-gambar yang aku sempat "snap"kan
hehehe.. (sori tak dapat nak bercerita banyak, aku masih tak sihat sepenuhnya)

hong kong jam9.45am masih pagi lagi, d'awal perancangan setiba kami d'hongkong kami akan terus ke Shenzhen, dengan menaiki keretapi MTR, tetapi rancangan terpaksa diubah sedikit kerana tiket "train" sudah naik harga hahahaha.. sebabnya dulu cuma HK$20 perhead (kata bosku), sekarang HK$120, Memang mahal, kami terpaksa menaiki bas untuk sampai ke Shenzhen, lebih kurang sejam jugalah, naik bas ada jimat sikit duit cuma HK$30.9 perhead, hehehe.. jimat sikit duit bos!!.. setibanya disempadan hongkong-shenzhen, kami pun menaiki teksi untuk sampai kehotel, lebih kurang 15minit saja, selesai check in di hotel, kami pun berehat dan merehatkan diri.. nasib lah masa tu kami dah boleh check in, sepatutnya jam 2pm baru boleh check in, tapi syukurlah boleh masuk bilik awal.. aku pun tengah sakit kepala masa tu, apa lagi masuk jak ke bilik aku terus melompat ke atas katil.. hahaha.. cas hinpun dan terus tidur, petang tu jam 5pm, baru lah kami pergi jalan-jalan dan cari makan.. arrr cari makan?? ni lah ni, kalau dah orang muslim masuk ke negara orang lain ni, memang susah sikit nak cari makanan yang halal.. tapi alhamdulilah terjumpa juga aku restoran yang halal, apalagi berabislah ngoder makanan, tenghari tak makan.. cuma minum nescafe tin ja..































uiksss.. ada selfie lgi.. hahaha!!





jumpa lagi di episod yang akan datang.. hehehe... terima kasih kerana suda membaca.. babai..


Thursday, March 20, 2014

Punyaaa Baballll!!!...

hye!!!

Bertemu kembali dalam rancangan yang tidak dirancang.. 
Kecanggihan dan teknologi dunia semakin hari semakin maju.. dalam sekelipmata saja kita akan dapat tahu cerita-cerita "hangat", gosip-gosip, spekulasi-spekulasi, berita-berita luar dan dalam negara.. dalam seminit saja orang ramai akan dapat tahu cerita-cerita sensasi melalui menyebaran maklumat-maklumat yang ntah apa-apa saja dari media sosial..

"Share"
inilah ni, bila tengok saja sesuatu yang menarik, terus saja berlumba-lumba nak "share" kan.. tak tahu betul atau tak, suka-suka saja nak share.. ketara la kebodohan itu terserlah ayunya hahahaha.. kalaulah benda yang di'share'kan tu betul ok juga, kalau tak betul macam mana?? dosa tu.. jadi hindarilah diri anda daripada menjadi sesorang yang bodoh!! gahahhaa!! lebih baik berdiam daripada nak berlumba-lumba jadi plagiat..

"Perbezaan kecerdikan dan kebodohan,
kecerdikan ada had, tetapi kebodohan tiada sempadan"

oklah mahu makan roti tolol dulu :p

Wednesday, March 19, 2014

On Your Birthday!!..

ASSALAMUALAIKUM..

Selepas acara Reunion berakhir.. Perhubungan aku dan rakan-rakan sekolah tidak hanya berakhir disana.. malah kami semua menjadi semakin lebih rapat dan akrab seperti adik beradik.. ada masa kami akan berkumpul makan-makan, minum-minum gosip-gosip opsss... dengan adanya "whatsapp" senanglah kami berjanji melayu.. set tempat dan masa untuk kami berkumpul dan melepak-lepak ditempat yang senang dan mudah untuk kunjungi..

BIRTHDAY..

Yalahkan.. setiap orang pasti akan sambut "birthday"nya jika mampu untuk "celebrit", tidak ketinggal juga dengan kami.. kalau dah namanya kawan yang seakan adik beradik sendiri, kami tidak akan lupa untuk "wish birthday" untuk mereka.. kalau ngam masanya kami akan berkumpul untuk "celebrit birthday" tu bersama-sama, bulan "march" ni ada dua orang sahabat yang sambut birthday berlainan tarikh.. hehe birthday boy (ejam) dan birthday girl (nor), hahhaha.. boy & girl lahhh sangat.. majlis kecil-kecilan saja yang penting "happy" dan ada makan-makan.. hahaha.. biarpun  tak ramai kawan-kawan yang join acara ni, mungkin disebabkan ada yang bekerja ataupun sudah ada acara-acara keluarga yang telah dirancangkan.. acara ni tetap dijalankan yang penting pengaturan baik :)) waktu "celebrit birthday" c'ejam aku tak dapat join sama disebabkan hari tu hari bekerja.. (sorry kawan tak dapat join).. kecewa jugalahhh ku.. tapi semasa "celebrit birthday" c'nor aku bernasib baik dapat join sama kerana masa tu aku kerja "halfday" :p.. cukup rasa "happy" lah masa tu sebabnya dapat bersidang makan amboiii (ambuyat) bersama-sama dan makan kek!!.. hahaha

RASA TERHARU!!..

Melalui ''text'' dari ''whatsapp'' group, si nor cakap ia rasa terharu dengan ucapan-ucapan dari sahabat-sahabat dan juga bersusah payah beli kek untuk birthdaynya.. bukan apa dari penjelasan yang si nor katakan inilah "1st time" ia ''celebrit birthday'' seumur hidupnya.. ehhh macam kisahku juga dulu, tahun 2000 barulah aku merasa sambut birthday, ngam juga hari raya, raya pertama lagi tu alang-alang raya "celebrit" teruslah hehhee.. opssss.. lupaa.. aku bukan nak cerita kisahku.. tapi apa yang si nor rasakan, aku pun pernah merasakannya keluar juga airmata kerana terlalu terharu... dan aku berharap sangat lepas ni, siapa-siapa yang "birthday" akan kita "celebrit" bersama kalau ngam masa dan pengaturan yang baik kita kasi ON.. gahahahha..

oklahh.. itu saja yang aku dapat ceritakan... ceritaku hari ini, bukan untuk hari ni saja, selagi blog ni masih wujud selagi itu lah aku akan terus bercerita, walau pun tiada orang nak baca, suatu masa nanti ia akan menjadi "rare" kalau rindu-rindu boleh lah selalu membaca coretan-coretan yang aku tuliskan.. bah k lah..kan mendengar lagu fauziah lattif dulu.. gubahan rindu puisi syahdu.. gahahahaha..

nah ani gambar-gambar yang tersempat dan telah tertangkap semasa hari kejadian tu berlangsung.. bye.. "see u next entri"...





(gambar ini saja yang ada semasa birthday c'jam)

















This songs for you.. click --> - On Your Birthday..

SEKIAN, TERIMA KASIH..